Tuesday, November 22, 2011

Saat Seorang Wanita Menangis..




Wahai sang arjuna..
Pernahkah terlintas difikiranmu
Kenapa seorang wanita menangis hanya kerana seorang lelaki?
Mungkin dirimu sudah lali dengan rumors yg mngatakn wanita mmg suka menangis..

Akan tetapi...

Saat dia menangis dihadapanmu,
Saat dia menangis keranamu,
Lihatlah matanya…
Pandanglah jauh ke dasar,
Bolehkah dirimu merasai dan mengerti apa yg sedang dia lalui dan rasakan saat itu?
Dapatkah dirimu lihat dan merasakan sakitnya?

Fikirkanlah…

Wanita manakah yang akan menangis
Dengan murni dan penuh kasih sayang
Didepanmu dan hanya semata-mata keranamu?
Bebaloikah semua itu?
Tidak terfikirkah dia semua itu hanyalah sia-sia dan hanya satu penyeksaan??

Akan tetapi...

Dia menangis bukan kerana lemah..
Dia menangis bukan kerana ingin meraih simpati atau rasa kasihan daripada sesiapa
Dia menangis kerana kesedihan yang disimpan erat jauh disudut hati
Tak terdaya lagi utk dipendam
Semakin memberat detik demi detik..
Itu bererti dia tidak mampu lagi untuk menangis didalam hati..

Lelaki..
Seorang wanita tidak akan mudah menangis
Kecuali dihadapan orang yang amat disayanginya
Dia menjadi lemah dan hatinya selembut kapas.

Wanita tidak mudah mengalirkan air matanya
Hanya jika dia sangat mencintai dan menyayangi kamu
Dia akan menurunkan egonya semata-mata kerana dirimu
Dia sedaya-upaya menguatkan rasa malu dalam diri semata-mata ingin anda mengerti hatinya yg terluka

Lelaki,
Jika seorang wanita pernah menangis keranamu
Dengarlah luahan hati dan esak tangisnya dengan penuh pengertian..
Jadilah seorang pendengar setia pada setiap butir bicaranya..
Janganlah dikau membiarkan dia menangis sendirian
Beradalah disampingnya, menemaninya..
Fahamilah..kerana..
Dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu.

Lelaki,
Jika seorang wanita pernah menangis keranamu
Janganlah dikau mensia-siakanya.
Mungkin kerana dengan keputusanmu itu
Dirimu akan merosakkan kehidupanya dan jiwanya.
Jika kamu membiarkanya pergi
Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya.
Selamanya…


Lelaki…

Renungkanlah..
Berfikirlah dengan mata hatimu
Jika seorang wanita menangisi hatinya untuk kamu
Inilah masanya untuk melihat apa yang telah
dirimu lakukan padanya,
Dimana kesilapanmu, kerana
Hanya dirimu yang tahu jawapanya….

Pertimbangkanlah…

Kerana mungkin satu hari nanti
Dirimu sudah terlambat untuk menyesal,
Mungkin juga terlambat untuk menyatakan segaris ayat, "maafkan saya.." !!!

No comments:

Post a Comment